Jujur aku rindu sesangat belog ni...
tapi,kekangan masa n ketandusan idea (maybe) wat aku jrg menconteng, mencorak, mencoret, mencarik and so on........amboiiiiiiiii..... bahasa aku ni betul ke idok??? hahahahaha... lantak lah....
ekceli aku tengah "nonton" siaran lansung sambutan Hari Malaysia ke 49 @ TV1... cam best jerr... rugi ahh x pat join dorang gi Bintulu....(kekangan masa lagi)...hmmmm nak wat camne, bkn rezeki la tue.... (@_______-)
but kat tempat kitew pon ader wat sambutan gak tau... tak caye yer??????
Jap..japp....
i'll show kat korang fakta okeh..... hehehehehe
ZaSSSSHHhh... LAYAN.....
HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA............
Ni lah yang aku mention tadi.... warna-warni kan????.... dorang ni STUDENT sekolah menengah tau....awal2 pagi berarak dari Sekolah n lalu kat depan umah spjg Residential.....siap lambai2 gi.....Seronok lak aku tengok....hahaa
HHHmmmmm,,
ngantuk la pulak mata nie,,, (potong tol laa..)..
hehehehe....
okkkkkk...
Last but not the least....
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA utk semua...
TATA!!!!!!
Life is Colourfull..... warna-warna yang melengkapkan putaran roda hidup........ tanpa kita sedar setiap hari kita melakonkan watak yang pelbagai.... suka atau tidak kita perlu lalui kerna hakikat itu telah tertulis sejak azali untuk membezakan warna yang mencorakN hidup kita........
W.E.L.C.O.M.E
slmt bertandang..... Aku dah hampar PURPLE carpet da nih... :D
Sunday, September 16, 2012
Thursday, August 23, 2012
Rasa II
Untuk
kesekiankalinya jemariku menari lagi di papan kekunci usang ini. Sekadar
mencoret rasa yang sarat membebani akal warasku. Terlalu sarat. Terlalu lama
dipendam tanpa diluah.
Mungkin
kerana kesunyian ini jua yang membuatku terus berdiam diri. Terasa
alam yang maha luas ini terlalu sepi. Seolah- olah tiada berpenghuni.
Terdetik
hati ingin menjerit. Biar semua tahu beban
itu tak tergalas. Biar semua tahu aku tewas. Tewas melawan arus hidup
yang senantiasa bergolak.
Pernahku
cuba menangis,tapi airmata telalu degil untuk mengalir. Lantas rasa kesedihan
itu terus tersekat di belikat.Akhirnya terpaksa
ku telan dan ku hadam dalam kepayahan..
Sakit....
Perit....
Rimas....
Lemas....
Keliru....
Buntu....
Adunan
sebati pekat bersatu, menghempap segumpal hati nan kerdil. Terlalu sesak tanpa
meninggalkan sedikit pun ruang untukku bernafas....
Tuesday, August 7, 2012
SATU
hati jangan beku,
otak usah kaku,
usaha mesti jitu,
semangat biar padu,
hasrat hanya satu,
bangkit kamu,
jangan layu,
si mata kuyu,
cukup sudah tempoh "beradu",
tak berdaya???
ALASAN...
kau belum cuba tapi dah menyerah..
PENAKUT!!!!!!
kenapa???
kau marah???
tapi marah siapa??
sedangkan kau sendiri yang salah..
Wahai hulubalang,
biar goyang asal tak tumbang..
persetankan segala langkah sumbang,
maju ke depan-jangan songsang,
jangan menoleh bayang di belakang..
Selagi ruang masih terbentang..
KAU masih berpeluang..
Monday, August 6, 2012
monolog hati
pernah ku mengejar,
bila lelah,
aku berhenti.
pernah ku miliki,
ku jaga kukuh,
tapi ia rapuh.
pernah ku nikmati,
alam bahagia,
bila alpa, aku terluka.
pernah ku percaya,
menaruh harapan,
akhirnya berkecai,
aku tersungkur.
sakit!!!!!!!!
tatkala ini,
kesemua detik itu,
bertandang lagi dan menghantui,
menuntut keberanian untuk ku perjudikan sebuah hati,
gelodak rasa yang berbaur.
mencuba untuk lebih yakin,
tapi seringkali juga aku keliru,
rimas,teruja,takut-silih berganti.
PERSOALANNYA:
bersediakah aku????????
mengapa sukar untuk difahami,
terlalu payah untuk menilai diri,
terpendam rasa yang tak terluah,
tersembunyi rahsia yang belum tahu bila akan terungkai..
Sunday, March 25, 2012
aku merepek bila boring
I wish that I could be a magician.
I ready to lose as long as I’m not being a loser.
Sometimes I feel boring inside a lonely room.
I’m just imagining that one day; there little bird says
something to me.
“Come on dear, let fly in a blue sky.”
Oh, gosh,
How could I think that very analogically thing.
I don’t know what I should do to make everyone happy.
Is it like buying an ice-cream?
I don’t think so.
I want to try creating some humour and making everyone
smile.
Look ladies,
A couple of lizard dance on the ceiling!!!
They enjoy their life in a maximum way!!
Let’s cheers!!!
We spend our time to sway for the entire night.
Let ambush that stupid felling away.
And celebrate our day
with the crazy technique.
And finally, we have the day in our own ways.
Today is another example of gloomy morning.
But in the end, we ended the day gloriously *smiling widely*
Let’s make our best future of tomorrow.
Tuesday, March 13, 2012
deep inside myheart
Cinta,
Memang
ku pernah punya cinta,
Cinta
yang bertandang itu tidak pernah aku undang,
Hadir
meresap ke jiwa ,
Seketika
ku alpa bersama khayalan,
Lantas
ku melayang bersama harapan,
Indah
seakan ku bisa menggapai bintang,
Terlalu
percaya aku mampu memiliki sinar terang.
Cinta,
Dalam
ku meniti hari-hari bercinta,
Saban
hari diwarnai corak yang berbeza,
Dalam
senyum ada rawan,
Dalam
cahaya ada bebayang yang berbalam,
Dalam
tawa ada duka,
Dalam
lagu ada sendu,
Lantaran
itu,
Maka
terciptalah sengketa dalam bahagia.
Cinta,
Seperti
mana hadirmu suatu masa dulu ,
Begitu
jua pergi mu tak pernah ku tahu,
Bila
aku sedar,
Ternyata
kau telah tinggalkan aku berbatu – batu di belakangmu,
Meninggalkan
dusta yang kau tabur selama ini,
Cinta,
Pergilah
cinta,
Usah kau berpaling lagi,
Dan aku
mahu kau tahu,
Aku
masih mampu berdiri tanpamu,
Malah
masih gagah untuk berlari,
Kerana
aku percaya,
Kau
bukan tercipta untuk ku....
Subscribe to:
Posts (Atom)