W.E.L.C.O.M.E

slmt bertandang..... Aku dah hampar PURPLE carpet da nih... :D

Tuesday, March 13, 2012

deep inside myheart


Cinta,
Memang ku pernah punya cinta,
Cinta yang bertandang itu tidak pernah aku undang,
Hadir meresap ke jiwa ,
Seketika ku alpa bersama khayalan,
Lantas ku melayang bersama harapan,
Indah seakan ku bisa menggapai bintang,
Terlalu percaya aku mampu memiliki sinar terang.
Cinta,
Dalam ku meniti hari-hari bercinta,
Saban hari diwarnai corak yang berbeza,
Dalam senyum ada rawan,
Dalam cahaya ada bebayang yang berbalam,
Dalam tawa ada duka,
Dalam lagu ada sendu,
Lantaran itu,
Maka terciptalah sengketa dalam bahagia.
Cinta,
Seperti mana hadirmu suatu masa dulu ,
Begitu jua pergi mu tak pernah ku tahu,
Bila aku sedar,
Ternyata kau telah tinggalkan aku berbatu – batu di belakangmu,
Meninggalkan dusta yang kau  tabur selama ini,
Cinta,
Pergilah cinta,
Usah kau berpaling lagi,
Dan aku mahu kau tahu,
Aku masih mampu berdiri tanpamu,
Malah masih gagah untuk berlari,
Kerana aku percaya,
Kau bukan tercipta untuk ku....

No comments:

Post a Comment