W.E.L.C.O.M.E

slmt bertandang..... Aku dah hampar PURPLE carpet da nih... :D

Thursday, August 23, 2012

Rasa II



Untuk kesekiankalinya jemariku menari lagi di papan kekunci usang ini. Sekadar mencoret rasa yang sarat membebani akal warasku. Terlalu sarat. Terlalu lama dipendam tanpa diluah.
Mungkin kerana kesunyian ini jua yang membuatku terus berdiam diri.  Terasa  alam yang maha luas ini terlalu sepi. Seolah- olah tiada berpenghuni.
Terdetik hati ingin menjerit. Biar semua tahu beban  itu tak tergalas. Biar semua tahu aku tewas. Tewas melawan arus hidup yang senantiasa bergolak.
Pernahku cuba menangis,tapi airmata telalu degil untuk mengalir. Lantas rasa kesedihan itu terus tersekat di belikat.Akhirnya terpaksa  ku telan dan ku hadam dalam kepayahan..
Sakit....
Perit....
Rimas....
Lemas....
Keliru....
Buntu....
Adunan sebati pekat bersatu, menghempap segumpal hati nan kerdil. Terlalu sesak tanpa meninggalkan sedikit pun ruang untukku bernafas....






Tuesday, August 7, 2012

SATU

hati jangan beku,
otak usah kaku,
usaha mesti jitu,
semangat biar padu,
hasrat hanya satu, 

bangkit kamu,
jangan layu,
si mata kuyu,
cukup sudah tempoh "beradu",

tak berdaya???
ALASAN...
kau belum cuba tapi dah menyerah..
PENAKUT!!!!!!
kenapa???
kau marah???
tapi marah siapa??
sedangkan kau sendiri yang salah..

Wahai hulubalang,
biar goyang asal tak tumbang..
persetankan segala langkah sumbang,
maju ke depan-jangan songsang,
jangan menoleh bayang di belakang..

Selagi ruang masih terbentang..
 KAU masih berpeluang..





Monday, August 6, 2012

monolog hati

pernah ku mengejar,
bila lelah, 
aku berhenti.

pernah ku miliki,
ku jaga kukuh,
tapi ia rapuh.

pernah ku nikmati,
alam bahagia,
bila alpa, aku terluka.

pernah ku percaya,
menaruh harapan,
akhirnya berkecai,
aku tersungkur.

sakit!!!!!!!!

tatkala ini,
kesemua detik itu,
bertandang lagi dan menghantui,
menuntut keberanian untuk ku perjudikan sebuah hati,
gelodak rasa yang berbaur.

mencuba untuk lebih yakin,
tapi seringkali juga aku keliru,
rimas,teruja,takut-silih berganti.

PERSOALANNYA:
bersediakah aku????????








mengapa sukar untuk difahami,
terlalu payah untuk menilai diri,










terpendam rasa yang tak terluah,

tersembunyi rahsia yang belum tahu bila akan terungkai..