W.E.L.C.O.M.E

slmt bertandang..... Aku dah hampar PURPLE carpet da nih... :D

Thursday, August 23, 2012

Rasa II



Untuk kesekiankalinya jemariku menari lagi di papan kekunci usang ini. Sekadar mencoret rasa yang sarat membebani akal warasku. Terlalu sarat. Terlalu lama dipendam tanpa diluah.
Mungkin kerana kesunyian ini jua yang membuatku terus berdiam diri.  Terasa  alam yang maha luas ini terlalu sepi. Seolah- olah tiada berpenghuni.
Terdetik hati ingin menjerit. Biar semua tahu beban  itu tak tergalas. Biar semua tahu aku tewas. Tewas melawan arus hidup yang senantiasa bergolak.
Pernahku cuba menangis,tapi airmata telalu degil untuk mengalir. Lantas rasa kesedihan itu terus tersekat di belikat.Akhirnya terpaksa  ku telan dan ku hadam dalam kepayahan..
Sakit....
Perit....
Rimas....
Lemas....
Keliru....
Buntu....
Adunan sebati pekat bersatu, menghempap segumpal hati nan kerdil. Terlalu sesak tanpa meninggalkan sedikit pun ruang untukku bernafas....






No comments:

Post a Comment