W.E.L.C.O.M.E

slmt bertandang..... Aku dah hampar PURPLE carpet da nih... :D

Tuesday, November 8, 2011

DETIK 06/11/2011

Hye....hye...hye......agak lama dah aku tak tulis entry kat blog ni, tetiba jew teringin nak mcoret KISAH BENAR yg blaku dalam hidup aku sejak semenjak dua menjak nih (sebetulnya, 6/11/2011)....tapi sorry lak ek kalau bahasa yg aku gunakan dlm entry kali ni agak tunggang-langgang...wakaka..maklom  laaaa dlm mode meracau..... ngeeeee......



************ Malam ini aku rasakan terlalu panjang lantaran terlalu sukar untuk ku lelapkan mata..... bkali-kali ku cuba pujuk  hati nan gelisah ini agar lebih mudah untuk ku BERADU. dengkuran halus pesakit yang bertentangan dengan katil ku sedikit sebanyak menambahkan kegusaran hati ini.. mungkin juga suasana dalam WAD WANITA ini tlalu berbeza dgn suasana dlm bilik tidur rumahku. TERLALU BERBEZA.....


Otak ku masih ligat mengingat kembali apa yang menyeret aku terpaksa TERPENJARA dalam dunia asing ini. Semua bagaikan putaran pita rakaman yg mengimbas kembali kejadian petang tadi..Terpapar wajah-wajah NURSE yang bertugas di bilik rawatan yang pertama aku masuki (wajah dan sindiran sinis yang seolah-olah kurang senang dengan kehadiran pesakit disaat cuti hujung minggu). Walaupun agak terkilan, aku cuba bersabar kerana masa itu aku tahu aku memang perlu lalui apa sekalipun kerana itu lebih baik daripada aku menahan kesakitan sehingga habis PUBLIC HOLIDAY Isnin depan.... SABAR.....


Setelah menjalani pemeriksaan dan rawatan awal dalam masa lebih kurang 1 jam di situ, aku dimaklumkan oleh doktor yang ku anggap PALING BERHEMAH di antara semua mereka yang aku akan dimasukan ke WAD untuk rawatan lanjut......aku semakin cemas membayangkan apa yang bakal terjadi seterusnya....
Setiba di WAD yang ditetapkan, aku perasan penerimaan NURSE di situ ternyata 360' berbeza dengan bilik rawatan yg pertama.. Dengan mesra menyuruh ku menukar baju mengikut persalinan yang dikhaskan....bukan niat untuk membandingkan layanan MEREKA tapi jauh di sudut hati merasakan diri ini mendapat layanan yang selayaknya diterima oleh seorang MANUSIA di tempat ini........  LEGA........


"kak.....kak.....sory.... 
saya nak inject antibiotic ni kat tangan akak, tapi akak kena tahan sebab sakit sikit.."
Aku terpinga-pinga dan menggosok mata sambil merenung senyuman manis pemilik suara yang mengejutkan aku sebentar tadi......, Entah bila aku terlelap pun aku x pasti....Sedar-sedar hari dah siang.....**********************


Haaaaa.......... ni lah salah satu dari PENGALAMAN HUJUNG MINGGU  ku yang BERMAKNA sepanjang tahun 2011 ini.  KEALPAAN untuk menjaga IBADAH dan KESIHATAN lantaran terlalu mengejar KEDUNIAAN telah memudaratkan diri sendiri...... Sekali- sekala diuji, memang meninggalkan KESAN dalam hati ini. .....aku PERCAYA, seseorang akan lebih menghargai KESIHATAN tatkala nikmat itu digantikan dengan KESAKITAN.


Sesungguhnya aku bersyukur dengan dugaan ini

tangan kena cucuk....waaaaaaaa.....

x sabar nak balik umah........huhuhhuu




.  

2 comments:

  1. hei2..knp nie?smoga tabah menghadapi dugaan dlm hidup nie..get well soon ok :)

    ReplyDelete
  2. TQ yanie, atie dah ok dah skang... dah kuar wad dah, cuma perlu follow up ikut jadual je...

    ReplyDelete